Senarai orang dari Melaka
Penampilan
Berikut adalah senarai orang-orang terkemuka yang lahir pada atau pernah tinggal di negeri Malaysia Melaka Bandaraya Bersejarah, atau Melaka adalah sebahagian besar daripada identiti mereka.
Isi kandungan |
---|
A
- Abd Razak bin Mohd Yusoff, pegawai kanan polis, ahli seni mempertahankan diri dan salah seorang wira negara dari Komando Polis Diraja Malaysia 69 Pasukan Gerakan Khas.
- Datuk Setia Abdul Ghani Ali, Ketua Menteri Melaka (1972-1978).
- Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Ketua Menteri Melaka (1982-1994).
- A. Samad Said (Abdul Samad Muhammad Said), novelis dan penyair.
- Tan Sri Datuk Seri (Dr.) Abu Seman Yusop, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Melaka (2004-2013).
- Allahyarham YAB Datuk Seri Abu Zahar bin Haji Isnin, Ketua Menteri Melaka (1997-1999).
- Haji Adly Zahari, Ketua Menteri Melaka (2018-).
- Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah, Ahli Parlimen Jasin, Melaka.
- Tan Sri Dato' Sri Ahmad Maarop, Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia ketujuh.
- Alvin Lai, ahli perniagaan yang juga suami kepada Ella Chen (penyanyi Taiwan dari kumpulan S.H.E, pelakon, dan hos TV).
- Amar Asyraf, pelakon.
- Amyza Aznan, pelawak dan pelakon.
- Aubrey Suwito, pemuzik, pemain piano & papan nada, penulis lagu dan konduktor muzik.
- Azman Adnan, bekas pemain bola sepak Malaysia.
- Abon (Sharizan Ahmad), pelakon dan penggiat teater.
- Aman Aziz (Mohammad Razman Abdul Aziz), penyanyi.
- Amirul Hadi Zainal (Mohd Amirul Hadi Zainal), pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain untuk kelab Malaysia, Johor Darul Ta'zim II dan pasukan kebangsaan Malaysia sebagai pemain tengah.
- Anuar Zain (Shahrul Anuar Zain), penyanyi.
- Ariz Lufiaz (Saiful Rizuan Abdul Hamid), penyanyi dari kumpulan Forteen dan pelakon.
- Ashraf Muslim (Muhd Ashraf Muslim), pelakon.
- Ayda Jebat (Nur Suhada Jebat), pelakon, penyanyi, model dan jurucakap produk.
- Allahyarham Datuk Ali Mamak (Jantan Osman), pelakon veteran dan pelawak.
B
- Badrul Hisyam Abdul Manap, pelari kompetitif Malaysia.
- Betty Chew, isteri kepada Menteri Kewangan Malaysia dan Ketua Menteri Pulau Pinang yang terdahulu, Lim Guan Eng.
- Datuk Wira Boo Kuang Loon, Ketua Pegawai Eksekutif Yong Tai Berhad, pemaju hartanah dan pelancongan berkaitan budaya dan pemberi inspirasi kepada Encore Melaka.
C
- Ching Hong Aik, bekas pemain bola sepak Malaysia.
- Chong Yee Han, pemain badminton Malaysia.
- Christopher Lee, pelakon.
- Chua Tian Chang, ahli politik Malaysia dan bekas Ahli Parlimen untuk kawasan Batu di Kuala Lumpur, Malaysia dari Mac 2008 hingga Mei 2018.
D
- Danny Lim, penulis, wartawan dan jurugambar.
- Dazrin Kamarudin, peragawan dan pelakon.
- Devan Nair, Presiden Singapura yang ketiga kelahiran Melaka dan dilantik oleh Parlimen pada 23 Oktober 1981.
- Didie Alias (Fadzilah Mohd @ Ali), bekas peragawati, pelakon, pelawak, pengacara dan ahli perniagaan.
- Dira Abu Zahar (Khaidhirah Abu Zahar), pelakon, pengacara, pengarah dan ahli politik.
- Dollah Salleh, jurulatih bola sepak dan bekas pemain bola sepak profesional.
- Dol Said, pemimpin Melayu abad ke 19 di sebuah kawasan bernama Naning, yang kemudiannya merupakan sebahagian daripada Melaka di Semenanjung Tanah Melayu.
E
- Ee Tiang Hong, penyair Malaya keturunan Cina.
- Elena Goh Ling Yin, ahli perlumbaan jalan kaki Malaysia.
F
- Farderin Kadir, pemain bola sepak Malaysia yang terutamanya bermain sebagai penyerang tetapi juga boleh bermain sebagai pemain tengah menyerang untuk Melaka United.
- Frederick Lee, pelakon.
G
- Goh Leong San, ahli politik Malaysia.
- Goh Liu Ying, pemain badminton profesional Malaysia.
- Goh Soon Huat, pemain badminton dari Malaysia.
H
- Hang Jebat, sahabat terdekat pahlawan legenda Melaka, Hang Tuah.
- Hang Li Po, isteri kelima Sultan Mansur Shah negeri Melaka (memerintah 1456-1477).
- Hang Nadim, anak muda Melayu yang sangat muda yang menyelamatkan Temasek, yang kini dikenali sebagai Singapura, dari serangan sekumpulan spesies ikan bernama todak; serangan yang menimbulkan kehilangan banyak nyawa orang Melayu asli.
- Hang Tuah, pahlawan legenda yang tinggal di Melaka semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah pada abad ke-15.
- Henry si Hitam (Enrique of Malacca), berasal dari Kepulauan Melayu yang turut serta dalam misi pelayaran Ferdinand Magellan untuk mengelilingi dunia.
- Hussein Abu Hassan, pengarah filem dan pelakon.
I
- Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris Haron, Ketua Menteri Melaka (2013-2018). Beliau telah mengetuai projek memajukan semula Pulau Besar bermula dengan pembekalan elektrik ke Pulau Besar serta menaik taraf Sekolah Menengah Agama Dan Tahfiz Al-Quran Pulau Besar Melaka.[1] Pada Mac 2018, Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron telah dinobat sebagai penerima Anugerah Ikon Pembangunan Sukan Negeri Melaka.[2]
J
- Julia Wong Pei Xian, pemain badminton dari Malaysia.
- Julian Lim, pengarah filem yang memenangi pelbagai anugerah.
- Juwita Suwito, penyanyi dan penulis lagu.
K
- Kamn Ismail (Kamaruddin Ismail), pelukis, pengarah siri animasi terkenal Usop Sontorian dan Keluang Man, penerbit dan pelakon suara.
- Kamaruddin Sidek, ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
- Kerk Kim Hock, ahli politik Malaysia dan setiausaha agung keempat untuk Parti Tindakan Demokratik (DAP).
- Khairul Hafiz Jantan, pelari Malaysia.
- Koh Nai Kwong, ahli politik Malaysia dari Persatuan Cina Malaysia (MCA).
L
- Lai Meng Chong, ahli politik Malaysia dari bandar Machap Baru di negeri Melaka.
- Allahyarham Latif Ibrahim, penyanyi dan pelakon.
- Lim Teong Kim, pemain bola sepak Malaysia yang sudah bersara dan bekas penolong jurulatih Pasukan U-19 Bayern Munich.
- Dato' Seri Liow Tiong Lai, bekas Menteri Pengangkutan Malaysia (2014-2018) dan Menteri Kesihatan (2008-2013).
- Lyon Liew, pengarah teknikal simulasi. Antara projek yang melibatkan beliau ialah Coco dan Incredibles 2.
M
- Mas Ermieyati Samsudin, ahli parlimen bebas.
- Md Sirat Abu, ahli politik Malaysia dan bekas Ahli Parlimen Malaysia untuk kawasan Bukit Katil di negeri Melaka.
- Michael Ang, pengarah drama dan filem.
- Mirnawan Nawawi, bekas pemain hoki padang.
- YH Dato' Sri. Mohamad Norza Zakaria, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan juga memegang jawatan Presiden Persatuan Sukan Komanwel Malaysia.
- Dato' Seri Haji Mohd Adib bin Haji Mohamad Adam, Ketua Menteri Melaka (1978-1982).
- Tan Sri Haji Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka (1999-2013). Penubuhan Melaka River Cruise yang juga dikenali sebagai Venice of the East[3][4] merupakan ilham dan idea cetusan beliau.[5][6] Hasil sumbangan idea beliau lain adalah dalam pembinaan Masjid Selat Melaka[7][8] dan juga Menara Taming Sari.[9]
- Mohd Suffian Abdul Rahman, pemain bola sepak Malaysia kini bermain sebagai penjaga gol untuk Terengganu FA.
- Datuk Seri Haji Mohd Zin Abdul Ghani, Ketua Menteri Melaka (1994-1997).
- Mohizam Shah Dawood Shah, mantan pemain bola sepak Malaysia
- Munshi Abdullah (Abdullah Abdul Kadir), penulis Malaya, adalah seorang munshi India kelahiran Melaka yang terkenal di Singapura dan meninggal dunia di Jeddah, sebahagian daripada Empayar Uthmaniyah.
N
- Nasir Jani, pengarah filem, penulis dan pelakon.
- Neera Azizi (Nurazneera Azizi), pelakon, peragawati dan penyanyi.
- Norhafiz Zamani Misbah, pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain sebagai pemain tengah.
- Norizam Ali Hassan, bekas pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai penyerang.
O
- Omar Suwita, pelakon filem.
- Ong Kim Swee, pengurus bola sepak Malaysia dan bekas pemain bola sepak.
- Osman Dol, penulis.
P
- Datuk Pang Chin Hin, pengasas Mamee Double-Decker. Antara produk terkenal ialah Mister Potato, Mamee Chef, Perfecto, Teh Cool, Nutrigen, Corntoz, Double Decker dan Mamee Monster Biskidz.
- Pow Meng Yap, (1921-1971) Profesor Psikiatri, Universiti Hong Kong.
- Puteri Lily Lokman, isteri kepada Aziz M. Osman (pelakon dan pengarah filem Malaysia).
Q
R
- Datuk Rabuan Pit, bekas raja pecut Asia.
- Datin Rapidah Abd. Ghani, isteri kepada Datuk Jalaluddin Hassan (pelakon Malaysia dan hos Who Wants to Be a Millionaire? versi Malaysia).
- Remy Ishak (Mohammad Zalimei Ishak), pelakon.
- Reshmonu (Hiresh Haridas), penyanyi-pencipta lagu.
S
- See Kok Luen, pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain untuk Selangor United dalam Liga FAM Malaysia.[10][11][12][13]
- Shaleen Cheah, pelakon dan model.
- Shamsul Iskandar Md Akin, ahli politik Malaysia.
- Shukor Adan, pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain untuk Felda United dan juga menjadi kapten mereka.
- Sim Tong Him, ahli politik Malaysia.
- Soh Chin Aun, pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Melaka bersama-sama Mokhtar Dahari dan R. Arumugam.
- Suhaimi Sulaiman, pembaca berita dan ahli strategi media yang berpengalaman di Malaysia.
T
- Allahyarham Dato Haji Talib Karim, Ketua Menteri Melaka (1967-1972).
- Tam Spider (Rustam bin Mustafa), penyanyi, komposer dan pelakon.
- Tun Dato' Sri Tan Cheng Lock, (salah seorang bapa pengasas Malaysia moden dan pengasas Persatuan Cina Malaysia).
- Tun Ali, bendahara keempat, atau perdana menteri semasa Kesultanan Malaka.
- Tun Perak, bendahara kelima dan paling terkenal, pangkat Melayu yang sama dengan perdana menteri semasa Kesultanan Melaka.
- Tun Perpatih Putih, bendahara ke-6 Kesultanan Melaka.
- Tun Mutahir, bendahara terkenal Kesultanan Melaka.
- Tun Fatimah, heroin Malaysia yang terkenal dan anak perempuan Tun Mutahir, bendahara Melaka yang hidup pada abad ke-16.
- Tun Tan Siew Sin, Presiden Ketiga MCA selepas Tun Tan Cheng Lock, ayahnya, dan Lim Chong Eu. Beliau juga merupakan bekas Menteri Kewangan Malaysia dari tahun 1959-1974.
U
V
W
X
Y
Z
- Ustaz Datuk Dr. Haji Zahazan Mohamed, pendakwah, penceramah bebas, penulis buku agama, bekas pensyarah dan Pengarah Urusan Telaga Biru Sdn. Bhd.
- Tan Sri Hajjah Zainon Munshi Sulaiman, ahli politik Malaysia bersejarah, guru dan pejuang kempen kemerdekaan.
- Zamani Ibrahim, penyanyi dan pelakon.
- Ziana Zain (Siti Roziana Zain), penyanyi-pencipta lagu, model, usahawan dan pelakon.
- Zur Eda (Zuraidah Mokhtar), penyanyi.
Rujukan
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-07. Dicapai pada 2018-08-07.
- ^ https://melakaunited.my/datuk-seri-utama-ir-idris-haron-dinobat-ikon-pembangunan-sukan-negeri-melaka/[pautan mati kekal]
- ^ http://www.asiaone.com/travel/melakas-appeal-lies-its-colourful-past
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-21. Dicapai pada 2018-07-27.
- ^ http://www.ppspm.gov.my/index.php/pelancongan/melaka-river-cruise
- ^ http://www.theborneopost.com/2010/10/02/sg-melaka-%E2%80%94-money-spinner-for-heritage-city/
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-21. Dicapai pada 2018-07-28.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-21. Dicapai pada 2018-07-28.
- ^ https://m.malaysiakini.com/news/92455
- ^ https://www.fam.org.my/news/previu-piala-fam-2018-yang-bermula-ahad-25-februari-2018
- ^ https://www.facebook.com/kelabpenyokongselangorunited/posts/1631118940334866/
- ^ http://pbms.com.my/wp/wp-content/uploads/2018/06/2018-06-20-23.24.41.jpg
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-06. Dicapai pada 2018-08-06.